Hello everyone! Sesape yg cari resepi mee goreng basah….I ada resepinya. Simple dan sedap! Asalnya ini resepi CheNom, antara resepinya yang pernah i try dan menjadi. Apa yang menariknya dia menggunakan air rebusan udang untuk kuah. Sound like yummy, right?

Bahan-bahan untuk stok rebusan udang:
• 2-3 cawan air
• kulit udang
• 1 ulas bawang putih
Bahan-bahan untuk mee goreng:
>3-4 sudu besar minyak masak
>3 ulas bawang putih
>2 sudu besar cili kisar
>3-4 sudu besar kicap manis
>3 sudu besar sos cili
>1 sudu besar sos tiram
>8-10 ekor udang
>sayur sawi (daun & batang diasingkan)
>1 biji tomato
>2 keping fish cake
>10 biji fish ball
>1/2 sudu kecil lada sulah
>1 pek mee kuning

Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis secukupnya.
- Masukkan udang, batang sawi, kemudian fish cake dan fish ball sambil terus mengacau kuah.
- Masukkan lada sulah kemudian air rebusan udang sedikit untuk kuah.
- Selepas itu, baru masukkan mee kuning sedikit demi sedikit. Gaul sebati bersama kuah, boleh tambah air rebusan udang jika kurang, ikut citarasa sendiri.
- Terus mengacau, boleh adjust sos cili dan kicap manis ikut citarasa sendiri. Tidak perlu tambah garam lagi. Kalau nak lebih berkuah, tambah air rebusan udang.
- Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan daun sawi. Nak letak taugeh sekali pun boleh.
Siaaaappp! Senangkan? Selamat mencuba. Semoga kita berjumpa di resepi lain.✌🏻
Tip masak mee kuning.
-Cuci mee dengan air paip sambil leraikan yang melekat, dan toskan.
-Jangan celup dengan air panas, nanti mudah lembik kena kuah.
