Sukatan cawan ke gram/liter

Mengapa kek selalu tak jadi? Dah ikut resepi 100% tak juga menjadi. Macam-macam hal berlaku. Mulalah blame resepi.

Ini berdasarkan pengalaman. Dulu i zero bab baking ni. Ingatkan dulu orang buat kek guna sukatan cawan biasa. Rupanya ada cawan metrik dia. Alahaaii…kelakar juga bila ingatkan moment bodoh masa tu!🤣

Tetapi ada juga kawan kita yang tak cukup tools baking. Cuma ada cawan metrik sahaja, tetapi resepi guna gram pulak!

Bila semua dah ada, tak pandai pula guna. Ingatkan main cedok gitu aje…rupanya ada cara-cara dia. Dan ketumpatan setiap bahan, walaupun sama tepung, pun berbeza.

Sekarang jangan pening-pening lagi. Stop blame resepi orang. Mari kita belajar dari kesilapan sendiri.

Ini cuma anggaran sahaja! Sukatan paling betul adalah menggunakan alat penimbang gram.

Lepas tu kita nak belajar cara menggunakan tools tersebut. Sebelum tu kita kena tahu simbol yang tercatat disitu seperti:

gram = g / gr

Kilogram = kg

Pound = lb

Fluid Ounce = fl.oz

Tablespoon = Tbsp (sudu besar)

Teaspoon = Tsp (sudu kecil)

Millimeter = ml

Liter = ℓ

Cup = c (cawan)

Quart = qt

Pint = pt

•Cara menggunakan penimbang digital scale. •Pastikan permukaan dilap dulu sebelum menimbang takut kotoran mempengaruhi berat.• Letak di tempat yang rata. • Tanggalkan bateri jika tidak digunakan.

1. Set button g (gram) atau oz dahulu. 2. Letakkan bekas (mangkuk). Baru tekan 00 3. Masukkan bahan dan mula menimbang.
• Cara menggunakan cawan metrik (cup). •Pastikan cawan bersih dan lap dulu. • Jangan ada setitis air pun.

1. Cedok bahan dengan sudu. Tidak boleh dicedok langsung dengan cup.
2. Ratakan permukaan yang penuh dengan pisau.
Sama juga dengan brown sugar. Kena mampatkan hingga penuh kemudian ratakan permukaan dengan pisau.

Siapalah yang tak tahu sukatan ini…kalau dalam resepinya mahu ml, gunakan simbol ml. Mata tu jangan pula tengok arah lain, langsung pada titiknya.😂

Selain itu, ada info lain i nak share dengan you’ll. Biasanya kalau resepi kek lapis menggunakan terlalu banyak bahan seperti telur 10 biji dan sebagainya….jangan salahkan resepi sebab keknya saiz besar (loyang 9×9). Kawan kita ni pulak tak nak buat besar sebab bahannya terlampau banyak. Dia nak buat separuh, maksudnya sukatan bahan dibagi dua.

Ikut panduan ini. Tak payah pening-pening fikir.

Baiklah. Semoga perkongsian ini memberi maanfaat. Harus diingatkan juga bahawa sukatan us dan uk agak berbeza. Rasanya us imperial metrik lebih rendah sukatan daripada uk metrik. Jangan stress…ikut sahaja apa yang ditulis dalam resepi.😂 Semoga berjumpa dalam entri seterusnya.

Resepi Kerepek Ketam ‘crabstick’ yang ranggup

Kerepek ketam atau crab stik salah satu snek favourite ramai tidak mengira peringkat umur. Dari yang tua sampai budak kecik pun suka. Buatnya pun senang. Anak i umur 7 tahun pun pandai buat.

Jom kita mulaaaa…

Bahan-bahan:

> 2 bungkus crabstik

> minyak untuk menggoreng

> tepung jagung

> 1 sudu kecil Maggie secukup rasa (kalau perlu…)

Cara-cara

1. Nyahbekukan crabstik dengan suhu bilik sejam dua. Jangan rendam ya tuan puan!

2. Selepas ais hilang, boleh la mula kopek macam dalam gambar ni:

3. Selepas siap, gaulkan dengan perasa dan tepung jagung dan biarkan seketika. At least 30 minit. (i guna maggi secukup rasa) jangan tambah garam sebab crabstik sudah masin, nanti bertambah masin.

4. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak, seperti menggoreng ikan.

4. Tunggu hingga kekuningan baru angkat dan toskan. Masa toskan boleh pisah-pisahkan yang melekat tu.

Tip

– Simpan dalam bekas kedap udara.

– Boleh cuba macam-macam perasa seperti serbuk kari daging, letak serbuk cheese ke, atau serbuk telur masin…dan goreng macam biasa.

– Kalau rajin selepas gaul perasa dan tepung jagung, boleh jemur bawah panas berapa jam (supaya lebih serap), baru goreng.

Mudah dan simple, kan?

Resepi Kek lapis Lumut Cheese

Kek lapis lumut. Satu lagi kek menjadi kebanggaan orang Sarawak. Sik da yang pandey dari owang Sarawak molah kek yaa…sik da! Owang sawak jak yang pandey molahnya sedappp. Eh?…ada ke begitu? Hehehe…takde cenggitu sekali. Just kidding. 😂✌🏻

Siapa-siapa pun buat kek ni, gerenti sedap. Bukan kerana air tangan dia, tetapi bahan-bahan yang dia gunakan. Plus, ada cheese lagi disitu. Siapa hantu cheese, wajib cuba kek ni.

Bahan-bahan:

Loyang pan cake 8×8

> 1 cawan tepung gandum*|1 cup wheat flour

> 1 cawan horlick*|1 cup horlick

*Diayak|*sieved

> 1/2 cawan gula halus|1/2 cup refined sugar

> 250g butter cup (mentega lain pun boleh) |250g butter

> 4 biji telur gred A|4 eggs A gred

> 4 sudu besar sri kaya|4 tbsp coconut jam

> 1/4 cawan susu pekat|1/4 cup condensed milk

> 1 sudu kecil esen vanila|1 tsp vanilla essence

> pewarna hijau secukupnya|green dye

Lapisan cheese:

• 250g cream cheese tatura (brand lain pun boleh)|250g cheese cream tatura

• 1/2 cawan gula halus|1/2 cup refined sugar

• 1 biji telur gred A|1 egg A gred

• 1 sudu besar tepung gandum|1 tbsp wheat flour

• 1 sudu besar air masak|1 tbsp hot water

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.|Preheat the steamer first. Grease the pan with butter and coat the oil paper.

2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim.|Beat butter and refined sugar until creamy.

3. Masukkan telur satu per satu. (Masuk sebiji, pukul sebati, baru tambah sebiji lagi) dengan kelajuan sederhana.|Put eggs one at a time. (Enter one, one beat, one add another)

4. Masukkan sri kaya kemudian susu. Pukul dengan kelajuan sederhana. Tuang pewarna hijau secukupnya dan gaul sebati.|Add coconut jam and then milk. Beat it at medium speed. Pour enough green dye and mix well.

5. Masukkan tepung gandum dan horlick (telah diayak) sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling slow.|Add the flour and horlick (sifted) gradually and beat at the slowest speed.

6. Setelah siap, bahagikan kepada 3 bahagian.|When done, divide it into 3 parts.

~ Kukus dulu bahagian pertama, 10-15 minit atau sampai masak sementara kita buat adunan chesee.|Steam the first part, 10-15 minutes or until cooked through while making the chesee dough.

1. Pukul cream cheese, gula halus dan telur hingga sebati, guna speed sederhana.|Beat cream cheese, refined sugar and egg thoroughly, using medium speed.

2. Masukkan tepung gandum dan air masak. Pukul sebati.|Add wheat flour and hot water. Beat it well.

3. Bahagikan kepada 2 bahagian.|Divide into 2 part.

~ Kalau lapisan hijau yang pertama telah masak, tuangkan bahagian pertama adunan cheese. Kukus selama 15-20 minit atau sampai masak.|When the first layer of green is cooked, pour the first part of the cheese mixture. Bake for 15-20 minutes or until cooked through.

~ Selepas lapisan cheese masak, tuangkan lapisan hijau, kemudian yang seterusnya berselang seli. Masa yang diperlukan sekurang-kurangnya 3-4jam bergantung pada kekuatan api. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil, kalau tiada…jangan stress, balut penutup periuk dengan tuala bagi mengelakkan air kukusan jatuh atas kek.|After the cheese layer is cooked, pour the green layers, and then alternate. It takes at least 3-4 hours depending on the firepower. Don’t forget to cover the pan with aluminum foil, if not … don’t stress, wrap the lid with a towel to prevent boiling water from falling on the cake.

Kalau nak bakar…pun boleh. Tetapi hati-hati takut hangus. I sarankan kalau kek lapis, lebih baik kukus sahaja. Nanti kejadian lebih soft dan moist gitew…|If you want to bake … also can. But watch out for fear of burning. I recommend, layer cake it’s better to steam.

Good luck! Hope we meet in another recipe. Annyeong

Kek Coklat Moist kukus sukatan cawan

Sesape penggemar kek coklat dan malas putar mixer… Jangan risau, anda masih boleh menikmati kek buatan sendiri.

Ia semudah ABC. Hanya guna blender sahaja, guys! Jangan buang masa pot pet pot pet…Jom kita mula!

#loyang bulat (cake pan) size 9 inch (22cm)

Bahan-bahan:

* Sebelum itu, panaskan dulu pengukus. / Preheat the steamer first.

> 1 cawan gula / 1 cup sugar

> 1 cawan serbuk koko / 1 cup cocoa powder

> 1 cawan susu pekat / 1 cup condensed milk

> 1 cawan susu cair (full cream) / 1 cup evaporated milk

> 1 cawan minyak masak / 1 cup vegetables oil

> 3 biji telur / 3 eggs

#Blend semua bahan diatas hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas. / #Blend all the above ingredients thoroughly. Then put in the container.

Bahan diayak / sieved material:

• 1 1/4 cawan tepung gandum / 1 1/4 all purpose flour

• 1 tsp baking powder

• 1 tsp baking soda

Cara-cara/ steps to make it:

1.Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam bekas adunan coklat. /Put the sifted flour into the chocolate mixture.

2. Kacau sebati. (Boleh masak sekejap adunan atas api perlahan supaya lebih licin sebati.) / Stir well. (Can cook the dough on low heat for a smooth finish.)

3. Oleskan loyang dengan mentega dan lapik kertas minyak. Tuang adunan ke dalam loyang dan sedia dikukus. (Pastikan pengukus sudah mendidih) /Wrap the pan with butter and coat with oil paper. Pour batter into the pan and steam it. (Make sure the steamer is boiling)

* Kalau nak bakar pun boleh, pada suhu 170°c selama 40-60 minit. Bergantung pada oven masing-masing. /To bake, bake at 170 ° c for 40-60 minutes. Depending on your oven.

Topping coklat:

>1/2 cawan minyak masak / 1/2 cup vegetables oil

>1/2 cawan serbuk koko / 1/2 cup coco powder

>1/2 cawan susu pekat / 1/2 cup condensed milk

• Satukan semua bahan dan kacau sebati. / Combine all ingredients and stir well.

• Masak di atas api perlahan sebentar./ Cook over low heat for a while.

• Matikan api. Masukkan sedikit air panas sedikit dan kacau sebati. / Turn off the fire. Put in some hot water and stir well.

• Dah siap, tuang atas kek yang sudah disejukkan. Siaapppp! /When ready, pour over the cooled cake.

Tips!

– Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukus jatuh pada kek./ Cover the pan with aluminum foil to prevent steam from falling into the cake.

– Mengukus kek coklat bukan seperti kek lapis, apinya mesti perlahan atau sedang. Jangan terlampau kuat, nanti kek tak masak di atas. /The brown cake’s steaming flame is not like a layered cake, it must be slow or medium. If it’s too hot, then the cake won’t cook on top.

– Kalau kek tak masak diatas, jangan risau, teruskan mengukus dengan api perlahan hingga kek masak./ If the top of the cake is not cooked, continue to steam over low heat until the cake is cooked through.

Betul tak semudah ABC? Selamat mencuba. Pasti jadi punya, sebab i dah buat resepi ni.✌🏻Semoga kita berjumpa di lain resepi.

Resepi Kek Lapis Horlicks Coklat kukus sukatan cawan

Tengok gambar saja pun dah tau sedap kan… Tak kisah la cara lapisnya buruk tak cantik, tapi rasanya yang penting. Kalau namanya kek lapis, pasti rasanya lemak-lemak manis gitew… Fyi, kek lapis ini antara makanan tradisional orang Sarawak.

Memandangkan i ni salah seorang Sarawakian, why not i belajar buat makanan tradisional i sendiri. Sebenarnya i tak berapa pakar dalam bab baking membaking ni. Banyak hal i kena pertimbangkan kalau nak buat kek lapis. Bukan saja kos budgetnya, masa dan tenaga pun diambil kira. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Tidak mustahil harga kek lapis lebih mahal dari kek lain. Kalau nak kek lapis murah, pergilah  Sarawak. Disana ada dijual antara harga Rm10-Rm15 di airport.

Oklah, sembang banyak pun tak guna, kan. Takde sapa nak bace. Ramai yang skip. Penat saja tangan i taip😅..

Bahan-bahan:

• loyang cake pan size 8×8

> 250g butter cup (mentega lain pun boleh) | 250g butter

> 1/2 cawan gula halus | 1/2 cup refined sugar

> 1/2 cawan susu pekat | 1/2 cup condensed milk

> 5 biji telur gred A | 5 eggs A gred

> 1/2 cawan tepung hongkong/ gandum | 1/2 cup all purpose flour

> 1/2 cawan horlick |1/2 cup horlick

> 3 sudu besar serbuk koko |3 tbsp cocoa powder

> 1 sudu teh esen vanila | 1 tsp vanilla

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.|Preheat the steamer first. Grease the pan with butter and coat the oil paper.

2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim.|Beat butter and refined sugar until creamy.

3. Masukkan telur satu per satu. (Masuk sebiji, pukul sebati, baru tambah sebiji lagi)|Put eggs one at a time. (Enter one, one beat, one add another)

4. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata. (Jika menggunakan mixer, pastikan speed paling perlahan)|Add vanilla essence and mix well. Then add the condensed milk and the flour slowly and mix well. (If using a mixer, make sure the speed is slow)

5. Gaul sebati menggunakan senduk, kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.|Mix well using a spoon, then divide into 2 parts.

6. Bahagian 1 masukkan horlick dan gaul sebati, warnakan kuning. (Kalau takde, jangan stress. I lebih suka guna color ori.)|Part 1 insert horlick and mix well, color in yellow. (If not, don’t stress. I prefer the original color.)

7. Bahagian 2 masukkan serbuk koko dan gaul sebati.|Part 2 add cocoa powder and mix well.

8. Pastikan pengukus telah mendidih sebelum mula mengukus. Kukuslah berselang seli hingga masak. (Setiap layer mengambil masa 5-10 minit, bergantung pada kuatnya api. Layer terakhir kukus lama sedikit.)|Make sure the steamer has boiled before starting to steam. Steam alternately until cooked. (Each layer takes 5-10 minutes, depending on the flame. The last layer is steamed longer.)

Tips:

– Untuk kukusan terakhir, lagi lama mengukus, kek lebih tahan lama.|For the last layer, longer steaming, more durable cake.

– Tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan air kukus jatuh atas kek.|Cover the pan with aluminum foil to prevent steam from falling over the cake.

– Kalau kukus kek lapis, kekuatan api tiada had. Kalau api slow lagi lambat kek masak.|When steaming the layered cake, the firepower is unlimited. If the fire is slow, cake cook slowly.

Sekian pada kali ini. Selamat mencuba. Pasti jadi punya! Semoga kita berjumpa di lain resepi.

Mee goreng basah

Hello everyone! Sesape yg cari resepi mee goreng basah….I ada resepinya. Simple dan sedap! Asalnya ini resepi CheNom, antara resepinya yang pernah i try dan menjadi. Apa yang menariknya dia menggunakan air rebusan udang untuk kuah. Sound like yummy, right?

undefined

Bahan-bahan untuk stok rebusan udang:

• 2-3 cawan air

• kulit udang

• 1 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk mee goreng:

>3-4 sudu besar minyak masak

>3 ulas bawang putih

>2 sudu besar cili kisar

>3-4 sudu besar kicap manis

>3 sudu besar sos cili

>1 sudu besar sos tiram

>8-10 ekor udang

>sayur sawi (daun & batang diasingkan)

>1 biji tomato

>2 keping fish cake

>10 biji fish ball

>1/2 sudu kecil lada sulah

>1 pek mee kuning

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis secukupnya.
  3. Masukkan udang, batang sawi, kemudian fish cake dan fish ball sambil terus mengacau kuah.
  4. Masukkan lada sulah kemudian air rebusan udang sedikit untuk kuah.
  5. Selepas itu, baru masukkan mee kuning sedikit demi sedikit. Gaul sebati bersama kuah, boleh tambah air rebusan udang jika kurang, ikut citarasa sendiri.
  6. Terus mengacau, boleh adjust sos cili dan kicap manis ikut citarasa sendiri. Tidak perlu tambah garam lagi. Kalau nak lebih berkuah, tambah air rebusan udang.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan daun sawi. Nak letak taugeh sekali pun boleh.

Siaaaappp! Senangkan? Selamat mencuba. Semoga kita berjumpa di resepi lain.✌🏻

Tip masak mee kuning.

-Cuci mee dengan air paip sambil leraikan yang melekat, dan toskan.

-Jangan celup dengan air panas, nanti mudah lembik kena kuah.

Design a site like this with WordPress.com
Get started