
Sesape penggemar kek coklat dan malas putar mixer… Jangan risau, anda masih boleh menikmati kek buatan sendiri.
Ia semudah ABC. Hanya guna blender sahaja, guys! Jangan buang masa pot pet pot pet…Jom kita mula!
#loyang bulat (cake pan) size 9 inch (22cm)
Bahan-bahan:
* Sebelum itu, panaskan dulu pengukus. / Preheat the steamer first.
> 1 cawan gula / 1 cup sugar
> 1 cawan serbuk koko / 1 cup cocoa powder
> 1 cawan susu pekat / 1 cup condensed milk
> 1 cawan susu cair (full cream) / 1 cup evaporated milk
> 1 cawan minyak masak / 1 cup vegetables oil
> 3 biji telur / 3 eggs
#Blend semua bahan diatas hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas. / #Blend all the above ingredients thoroughly. Then put in the container.
Bahan diayak / sieved material:
• 1 1/4 cawan tepung gandum / 1 1/4 all purpose flour
• 1 tsp baking powder
• 1 tsp baking soda
Cara-cara/ steps to make it:
1.Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam bekas adunan coklat. /Put the sifted flour into the chocolate mixture.
2. Kacau sebati. (Boleh masak sekejap adunan atas api perlahan supaya lebih licin sebati.) / Stir well. (Can cook the dough on low heat for a smooth finish.)
3. Oleskan loyang dengan mentega dan lapik kertas minyak. Tuang adunan ke dalam loyang dan sedia dikukus. (Pastikan pengukus sudah mendidih) /Wrap the pan with butter and coat with oil paper. Pour batter into the pan and steam it. (Make sure the steamer is boiling)
* Kalau nak bakar pun boleh, pada suhu 170°c selama 40-60 minit. Bergantung pada oven masing-masing. /To bake, bake at 170 ° c for 40-60 minutes. Depending on your oven.
Topping coklat:
>1/2 cawan minyak masak / 1/2 cup vegetables oil
>1/2 cawan serbuk koko / 1/2 cup coco powder
>1/2 cawan susu pekat / 1/2 cup condensed milk
• Satukan semua bahan dan kacau sebati. / Combine all ingredients and stir well.
• Masak di atas api perlahan sebentar./ Cook over low heat for a while.
• Matikan api. Masukkan sedikit air panas sedikit dan kacau sebati. / Turn off the fire. Put in some hot water and stir well.
• Dah siap, tuang atas kek yang sudah disejukkan. Siaapppp! /When ready, pour over the cooled cake.
Tips!
– Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukus jatuh pada kek./ Cover the pan with aluminum foil to prevent steam from falling into the cake.
– Mengukus kek coklat bukan seperti kek lapis, apinya mesti perlahan atau sedang. Jangan terlampau kuat, nanti kek tak masak di atas. /The brown cake’s steaming flame is not like a layered cake, it must be slow or medium. If it’s too hot, then the cake won’t cook on top.
– Kalau kek tak masak diatas, jangan risau, teruskan mengukus dengan api perlahan hingga kek masak./ If the top of the cake is not cooked, continue to steam over low heat until the cake is cooked through.
Betul tak semudah ABC? Selamat mencuba. Pasti jadi punya, sebab i dah buat resepi ni.✌🏻Semoga kita berjumpa di lain resepi.
