Resepi Kerepek Ketam ‘crabstick’ yang ranggup

Kerepek ketam atau crab stik salah satu snek favourite ramai tidak mengira peringkat umur. Dari yang tua sampai budak kecik pun suka. Buatnya pun senang. Anak i umur 7 tahun pun pandai buat.

Jom kita mulaaaa…

Bahan-bahan:

> 2 bungkus crabstik

> minyak untuk menggoreng

> tepung jagung

> 1 sudu kecil Maggie secukup rasa (kalau perlu…)

Cara-cara

1. Nyahbekukan crabstik dengan suhu bilik sejam dua. Jangan rendam ya tuan puan!

2. Selepas ais hilang, boleh la mula kopek macam dalam gambar ni:

3. Selepas siap, gaulkan dengan perasa dan tepung jagung dan biarkan seketika. At least 30 minit. (i guna maggi secukup rasa) jangan tambah garam sebab crabstik sudah masin, nanti bertambah masin.

4. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak, seperti menggoreng ikan.

4. Tunggu hingga kekuningan baru angkat dan toskan. Masa toskan boleh pisah-pisahkan yang melekat tu.

Tip

– Simpan dalam bekas kedap udara.

– Boleh cuba macam-macam perasa seperti serbuk kari daging, letak serbuk cheese ke, atau serbuk telur masin…dan goreng macam biasa.

– Kalau rajin selepas gaul perasa dan tepung jagung, boleh jemur bawah panas berapa jam (supaya lebih serap), baru goreng.

Mudah dan simple, kan?

Published by Linda Esther

Mother & housewife

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started