
Mengapa kek selalu tak jadi? Dah ikut resepi 100% tak juga menjadi. Macam-macam hal berlaku. Mulalah blame resepi.
Ini berdasarkan pengalaman. Dulu i zero bab baking ni. Ingatkan dulu orang buat kek guna sukatan cawan biasa. Rupanya ada cawan metrik dia. Alahaaii…kelakar juga bila ingatkan moment bodoh masa tu!🤣
Tetapi ada juga kawan kita yang tak cukup tools baking. Cuma ada cawan metrik sahaja, tetapi resepi guna gram pulak!
Bila semua dah ada, tak pandai pula guna. Ingatkan main cedok gitu aje…rupanya ada cara-cara dia. Dan ketumpatan setiap bahan, walaupun sama tepung, pun berbeza.
Sekarang jangan pening-pening lagi. Stop blame resepi orang. Mari kita belajar dari kesilapan sendiri.


Ini cuma anggaran sahaja! Sukatan paling betul adalah menggunakan alat penimbang gram.
Lepas tu kita nak belajar cara menggunakan tools tersebut. Sebelum tu kita kena tahu simbol yang tercatat disitu seperti:
gram = g / gr
Kilogram = kg
Pound = lb
Fluid Ounce = fl.oz
Tablespoon = Tbsp (sudu besar)
Teaspoon = Tsp (sudu kecil)
Millimeter = ml
Liter = ℓ
Cup = c (cawan)
Quart = qt
Pint = pt

1. Set button g (gram) atau oz dahulu. 2. Letakkan bekas (mangkuk). Baru tekan 00 3. Masukkan bahan dan mula menimbang.

1. Cedok bahan dengan sudu. Tidak boleh dicedok langsung dengan cup.
2. Ratakan permukaan yang penuh dengan pisau.


Siapalah yang tak tahu sukatan ini…kalau dalam resepinya mahu ml, gunakan simbol ml. Mata tu jangan pula tengok arah lain, langsung pada titiknya.😂
Selain itu, ada info lain i nak share dengan you’ll. Biasanya kalau resepi kek lapis menggunakan terlalu banyak bahan seperti telur 10 biji dan sebagainya….jangan salahkan resepi sebab keknya saiz besar (loyang 9×9). Kawan kita ni pulak tak nak buat besar sebab bahannya terlampau banyak. Dia nak buat separuh, maksudnya sukatan bahan dibagi dua.

Baiklah. Semoga perkongsian ini memberi maanfaat. Harus diingatkan juga bahawa sukatan us dan uk agak berbeza. Rasanya us imperial metrik lebih rendah sukatan daripada uk metrik. Jangan stress…ikut sahaja apa yang ditulis dalam resepi.😂 Semoga berjumpa dalam entri seterusnya.
